Blogger Backgrounds
Blog ini milik seorang gadis kecil untuk berkongsi cerita,kisah hati dan ,cerita-cerita ini tiada kene-mengena dengan anda diluar sana.Diharap kepada anda yang dah menggeledah di blog ini,sila tinggalkan jejak,kerana gadis ini akan cari anda untuk follow back.Terima kasih.

Saturday, April 2, 2011

9 surah yang mujarab..

Salam,,selamat berhujung minggu..baru-baru ni saya ada terbaca satu artikel yang dikeluarkan oleh majalah Dara.Com..saya amat tertarik dengan artikel tersebut..jadi..hari ni,ada masa sikit,so..saya nak jugak berkongsi dengan rakan2...adakah kita semua tahu tentang fadilat-fadilat yang tersembunyi disebalik surah-surah yang kita baca selama hidup kita..saya sangat teruja dan begitu bersyukur kerana mengetahui serba sedikit tentang surah-surah tersebut..dimana dalam artikel ini menyebut bahawa"9 surah yang mujarab,amalan Nabi Muhammad S.A.W.

Al-quran umpama jantung kepada umat islam.Oleh kerana itu,tidak hairanlah ia menjadi ubat mujarab untuk dijadikan panduan hidup umat manusia,dari segala godaan syaitan.Berikut 9 surah yang menjadi ikutan Nabi Muhammad S.A.W untuk semua umatnya..

1)SURAH AL-FATIHAH
amalan membaca surah ini ketika hendak tidur dan diikuti dengan membaca surah al-ikhlas sebanyak 3x,al-falaq dan an-Nas.Insya-Allah akan aman tenteram dan dijauhkan dari gangguan syaitan.

2)SURAH AL-KHAUTHAR
sesiapa yang mengamal(membaca surah ini)sebanyak 1000 kali,maka Allah akan memakbulkan hajatnya termasuk,dimurahkan rezeki.

3)SURAH AL-FALAQ
Barang siapa yang terkena penyakit kerana perbuatan manusia atau syaitan,hendaklah membaca surah al-falaq dan an-nas sebanyak 41 kali selama 3 hari,5 hari,7 hari berturut-turut.

4)SURAH YAASIN
sesiapa yang membaca surah yaasin,nescaya Allah menuliskan pahala menyamai 10 kali membaca al-Quran seluruhnya.(hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a)

5)SURAH AL-WAQIAH
menurut beberapa hadis Rasulullah,mereka yang mengamalkan membaca surah ini pada tiap-tiap malam,insa-Allah tidak merasai kepapaan.Mereka yang membacanya sebagai wirid,insya-Allah  akan meroleh kesenangan.dan mereka yang membaca sebanyak 14 kali setiap kali selepas solat asar insya-allah akan dikurniakan rezeki yang banyak..

6)SURAH AL-IKHLAS
"ertinya bersih @lepas".Maka barang sesiapa yang membaca dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas,maka dia akan dilepaskan dari kesusahan duniawi,dimudahkan dalam gelombang sakaratul maut.dan dihindarkan dari kegelapan kubur,dan kengerian hari kiamat.

7)SURAH AL-KHAAFIRUUN.
sesiapa yang membaca surah al-kaafiruun,maka bandingan nya seperti membaca 1/4 Al-Quran.disamping itu dijauhkan dari godaan syaitan.

8)SURAH AD-DHUHAN.
dibaca sekali pada malam jumaaat agar kita terselamat dari huru-hara di padang mahsyar.

9)SURAH AL-MULK
menurut beberapa hadis,orang yang membaca surah ini akan mendapat syafaat dan mendapat keampunan dosa-dosanya.Sesiapa yang membaca surah ini setiap malam insya-Allah akan terselamat dari azab kubur.

subahanallah..begitu besar fadilat  yang terdapat pada surah-surah al-quran kan..saya harap kepada kawan-kawan yang baru mengetahui tentang fadhilat2 surah ini..marilah kita sama-sama membaca dan mengamalkannya,kerana ia begitu berguna untuk kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat.

Tak lupa ribuan terima kasih ini ditujukan kepada majalah Dara.Com kerana telah berkongsi maklumat dengan kami..

No comments:

Post a Comment