Blogger Backgrounds
Blog ini milik seorang gadis kecil untuk berkongsi cerita,kisah hati dan ,cerita-cerita ini tiada kene-mengena dengan anda diluar sana.Diharap kepada anda yang dah menggeledah di blog ini,sila tinggalkan jejak,kerana gadis ini akan cari anda untuk follow back.Terima kasih.

Tuesday, June 28, 2011

Kisah Hati..

Minggu lepas,aku ke Melaka..menaiki bas transnational dari Kuala Lumpur,seorang diri tanpa hala tuju.Berdoa agar dapat dipermudahkan segala urusan dan bertemu dia kembali.Hampir 2 jam perjalanan aku tiba di terminal,hanya dengan sehelai kertas..tak pernah kaki ini berpijak disini,seorang diri.Mata galak melihat gelagat manusia kesana kemari...entah kemana tujuan mereka..adakah mereka sama dengan aku yang tidak tahu kemana arah yang patut aku tujui..hanya dengan sekeping kertas bertulisan dengan kisah hati yang terpendam lama.Haruskah aku bertanya,berdiam diri atau mencarinya sendiri..Dalam kedinginan malam aku termanggu di situ..melabuhkan punggung di bermukaan rata sambil memegang kertas.."cari lah dia,hanya dia yang kamu ada didunia ini,kita dah tak ada sapa-sapa lagi sya..mak harap kamu akan temui kebahagian kelak,maaf kan mak kerana tak mampu bagi kamu kesenangan dan kebahagiaan selama mak menjaga kamu sya"...tanpa sedari,air jernih jatuh ke pipi,sempat diseka.Dengan niat,aku bangun dan meneruskan langkah kedepan,walau tidak tahu kemana harus ku mulaka.

Kedengaran sayu-sayu dihujung telinga,aku bingkas bangun.bunyi paip air diluar mengejutkan aku dari tidur.Suara azan jelas kedengaran,menandakan masukknya waktu subuh.Dibuka anak tudung dan menuju ke tempat wuduk.Kelihatan beberapa jemaaah perempuan melangkah masuk ke masjid dengan bertelekung..Selesai berwuduk,aku mencapai telekung yang tersedia di almari belakang,lalu duduk,merapatkan saf sambil menunggu jemaah lain...Selepas selesai solat berjemaah,aku menyarungkan tudung sambil melangkan kebelakang.Kedengaran suara lembut memanggil.Bertanya dimana datangnya,dan hendak kemana.Mungkin wanaita separuh abad itu tidak pernah melihat aku di sekitar kawasan ini.Aku hanya tersenyum dan menunjukkan sekeping kertas kepadanya..

Jam tangan hadiah dari seorang yang bertahta dihati,sentiasa aku sarungkan ditangan..itulah satu-satunya hadiah yang pernah diberikan kepada ku semasa hari pertunangan kami 2 tahun lepas,selepas itu dia hilang tanpa berita dan langsung tidak memberikan apa-apa khabar..."sya,sya tak payah risau ye.lepas selesai semua kerja abang,abang akan datang balik kesini ambik sya dengan mak.Lepas tu kita kawin ye.!!!"..suara itu selalu bermain difikiran,sakit hati dan rindu yang mendalam,terpaksa aku tahan.Hari ni aku harap semuanya terjawab,kemana hilangnya selama bertahun-tahun..Pom!!pom!!..bunyi bising  menganggu lamunan ku.Dihapan,terpacak sebuah bas yang dipandu seorang India.Sempat betulkan tudung,lalu aku melangkan menuju ke arah pintu bas yang terbuka luas.Aku melangkah masuk dan duduk dibahagian belakang,Hati aku semakin berdebar,harapan aku akan jadi kenyataan.Aku harap mak akan gembira bila aku dapat jumpa dia,dan aku tak akan bersendirian lagi.Bina keluarga sendiri bersama orang tercinta merupakan impian semua wanita didunia ini.Senyuman terukir dipipi gebu,menampakkan lesung pipit disebelah kanan.Sebiji muka arwah bapa jatuh kepadaku.Memandangkan aku anak tunggal dari pasangan tersebut.Bapa selalu mengejek mak yang aku mirip muka bapa,mak selau merajuk..kami bahagia sangat.lengkap rasanya hidup aku masa tu.

Aku memandang sekeliling,pandangan indah dengan pokok-pokok yang ditanam tersusun rapi..dihias indah mengikut saiz dan bentuk.Inilah yang aku idamkan setiap kali menonton drama tv.Aku tersenyum,disini kah abang amir,patutlah dia menghilangkan diri bertahun-tahun..mencari wang untuk bina rumah besar dikawasn ini dan mengahwini aku.Sungguh tak sangka..aku berjalan sambil memerhatikan kertas ditangan dan mata melilau mencari nombor rumah yang sama dengan nombor yang tercatat di kertas ini.Langkah makin laju dan hati aku berlonjak kegembiraan.Langkah terhenti,mata kau tertumpu pada pintu pagar besar yang tertutup rapat seperti tidak berpenghuni.Hendak dijengah tidak nampak kerana pintu pagar diperbuat dari kayu jati yang tertutup sepenuhnya..Tidak salah lagi ini lah noombor rumah yang aku cari..A409..Aku menghampiri kawasan rumah itu,dan mengetuk pintu pagar dengan tangan.Hampir 5 minit menunggu,tidak ada yang memberi respon.Panas matahari berdiri tegak di atas kepala,peluh menitis sempat diseka dengan lengan baju kurung..Terlihat satu buatang,nampak seperti butang loceng..segera aku bangun dan tekan butang tersebut.3,4 kali ditekan..tiba-tiba pintu pagar terbuka luas tapi tiada orang didalam..Sama dengan drama yang pernahaku lihat di tv3.Aku tersenyum gembira..Jelas kelihatan rumah tersebut besar dan luas,tidak kelihatan sebuah kereta yang parking disitu..Lalu keluar seorang wanita hampir 40 tahun usianya,menghampiri ku,nampak seperti orang gaji.Aku melangkah masuk dengan debaran dihati..wanita itu berjalan sambil tersenyum,."salam,non cari in shiapa ya?"aku membalas."ni rumah Amir Bin Sidik?"sambil terketar-ketar..wanita itu tersenyum dan mengangguk.lalu di jemput aku supaya masuk kedalam..tanpa bertanya banyak aku melangkah masuk.Tidak sabar rasanya untuk menatap wajah lelaki yang pernah mencuri hati ini.Memang ternyata rumah abang Amir besar dah mewah.Wanita itu menghampiriku sambil membawa dulang kecil berisi air."silakan minum ya nen.kelihatan kamu capek bangat.Pak Amir belum pulang lagi,biasanay jam 2 bapak pulang".aku hanya tersenyum..belum sempat aku mengambil minuman ,masuk sebuah kereta kedalam garaj rumah mereka..Hati aku makin berdebar,aku bangun dan melihat siapa yang datang.kedengaran riuh rendah suara dari luar,begi mesra dan bahagia.kaki kau terasa kaku.jantung ku rasa terhenti..Mata memandang ke arah pintu yang terbuka luas..kelihatan sepasang suami isteri barang kali melangkah masuk kedalam.Mata ku terasa gelap dan berkaca..suasana sunyi seketika..aku terduduk,kelihatan pasangan tersebut melihat kearah aku.Memang jelas,abang Amir.Orang yang selama ini aku tunggu kepulangannya.Semakin segak dah bergaya dengan berkemeja putih dan berseluar slek,tidak kurang dengan wanita yang berada disampingnya,berskirt pendek dan berkemeja putih..Mmemang jelas kemesraan mereka terpancar..Wanita tersebut menghampiri ku,dan bertanya siapa aku,dan apa tujuan aku kemari.Dengan agkuh dan lagaknya.Aku hanya tertunduk dan menahan perasaan.Hanya abang Amir yang bersuara,dia memperkenalkan aku kepada wanita tersebut,ternyata wanita itu adalah isterinya,mereka berkahwin setahun yang lalu.

Aku hanya tersenyum dan menghulurkan salam.Aku diperkenalkan oleh abang amir sebagai sepupunya yang paling rapat.Aku hanya mengiakan.Sepuluh minit bersama,aku menyurakan hasratku untuk pulang.Isteri abang amir hanya angguk dan mengiakan sahaja.Aku melangkah keluar dengan semua harapan yang aku bawa bersama.Abang amir mengekoriku dari belakang,aku dapat lihat kekeruhan wajahnya,dia bertegas untuk menghantar aku pulang ke Kuala Lumpur.Aku tidak bersetuju,lalu melangkah keluar,hanya wajah mak yang terbayang dimata.air mata berguguran ditemani dengan setiap langkah ku..Hancur hati hanya tuhan sahaja yang tahu.Ini kerana aku begitu berharap padanya,air mata berguguran sempat diseka dengan hujung tudung yang aku pakai.Kelihatan sebuah kereta meluncur laju dan berhenti dihadapan ku.Aku lihat abang amir,abang amir keluar dari kereta dan menarik aku masuk kedalam kereta.aku hanya diam sambil mengesat air mata.Sambil memandu,mata abang amir melirik kearah aku,aku tahu apa yang bermain difikirannya,aku tidak bersuara,pandangan ku dilempar jauh ke atas jalan raya.,.Tanpa aku sedari,abang amir berhenti di sebelah jalan dan mematikan enjin kereta.

Aku tidak dapat meneriama semua kebahongan yang tersimpan selama 2 tahun.Bukan hanya aku,dia juga telah berbahong pada mak.Mak yang menjaga kami masa kecil,mak tak pernah membezakan aku dengan abang amir.Selepas keluarga abang amir tinggalkan dia di sebuah masjid ketika berumur 10 tahun.Mak lah yang menjaganya..."sya,abang mintak maaf"terdengar suara abang amir terketar-ketar.."abang tahu abang dah buat salah pada sya dengan mak."..aku hanya diam.abang amir memandang tepat ke arah ku..itu lah pandangan yang selama 2 tahun aku cari.aku rindukan pandangan itu,aku rindukan suara lembut yang memujuk aku selama ini.Aku hanya diam,dalam hati berbagai perasaan muncul.tiba-tiba air jerhin itu membasahi pipi.."abang tak suka tengok sya nangis"..itulah suara yang aku degar 2 tahun lalu...kini suara itu bukan milik aku lagi..aku buka jam pemberiannya 2 tahun lepas semasa majlis pertunangan kami."ini abang punya,sya tak layak memakainya,lagi pon kita dah tak ada apa-apa hubungan sekarang,dan cincin ni sya masih simpan sampai hari ni..kalau dari dulu sya tahu,mungkin lukanya xsedalam ini,sampai hati abang tipu sya dengan mak,abang tau tak mak dah tak da,mak amanahkan sya untuk cari abang,sikit pon mak tak berkecil hati pada abang,masa mak sakit abang tak pernah pon balik rumah,mak selalu cakap pada sya yang abang pegi cari duit sebab nak kawin dengan sya,mak selalu cakap pada sya,sabar la sebab Allah sayangkan pada orang yang sabar.Sya datang sini sebab nak cari abang,sya tak tahu abang dah kawin,abang dah berjaya.Sya dah tak da sapa-sapa lagi bang."aku luahkan semua yang terbuku dihati..Kesedihan ini tak pernah aku rasa selama 25 tahun ini.pemergian bapa dan mak aku terima dengan redha kerana setiap orang akan pulang menghadap ilahi.Mungkin ini dugaan untuk aku hadapi untuk menjadi seorang insan yang berjaya kelak.aku pasrah..Kisah hati yang selama ini disimpan,telah aku huraikan.Biarlah ia menjadi kenagan untuk aku.

Dugaan...

Hello guys..actually dah lama aku xupdate kan..hari ni diberi kesempatan untuk menconteng kat cini...huhu...hari ni aku xpegi kelas...dapat mc 2 hari dari doktor Nik...thanks doktor,tadi aku k UK....err,,,nape wat muka cm2???....ooowwhh...lupa...UK...Unit Kesihatan...hahaha....apa la korang ni....aku xsihat..demam+selema+sakit mata+elergi...kesiankan...nasib baik ada doktor...thanks...haha..nampaknya Dr dah kenal aku...sebab kalau g Uk je dia dah tau aku sakit apa...lau xelergi...demam ngan selesema...kali ni kesnya lagi teruk...mata ku bengkak dan merah....uuuwwwwaaaa....sakit...kejenya nak tdo jew....nak gerakkan anak mata pon susah....sob..sob...nak balik....walau apa pon...xbaik merungut...bia la...Allah dah tentukan semuanya...mungkin ada hikmah disebalik semua ni...eeccehhh...huhu....Ni la namanya dugaan..dugaan yang diturunkan dari Allah untuk setiap umatnya...jadi hadapi lah dengan sabar..ok..see u again....